Selasa, 15 Jun 2021

CORETAN PENGENALAN PERTAMA

 Hai Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya . Ini merupakan coretan pertama saya di blog ini . 


Izinkan saya untuk memperkenalkan diri terlebih dahulu .


Nur Aqilah Binti Mohamad Tarmizi atau lebih dikenali sebagai qylamize melalui akaun instagram . Dilahirkan pada tanggal 3 November 2006 di Hospital Besar Melaka dan sekarang sudah berumur 15 tahun . Bidang penulisan adalah salah satu aktiviti masa lapang yang sangat saya gemari .


Idea membuat blog ini tercetus semenjak saya sering layari Internet bagi tujuan mencari maklumat tambahan untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan namun disebabkan terdapat beberapa blog yang berkongsikan maklumat seperti yang dicari tetapi saya kurang mengerti dengan cara penulisannya . 

Selain itu , saya juga berharap dengan cara mengarang cerita ala-ala novelis di blog ini dapat memberikan pengajaran kepada pembaca melalui jalan cerita tersebut .


( Kita hanya mencuba sahaja . Siapa tahu boleh capai tahap seperti penulis terkenal Pn. Siti Rosmizah hehe idola pembaca novel tu ! 🙊 )


Pada peringkat awal mengarang di blog , sememangnya agak mencabar . Kerana kita sentiasa berfikir tentang pendapat pembaca di luar sana . Disebabkan kita membantu mereka mencari sebarang maklumat . Jika maklumat yang disampaikan adalah salah ataupun sukar difahami , ia akan menjadi rumit bagi pembaca untuk menelitinya setiap persatu . Oleh kerana itu , saya berusaha melengkapkan penulisan saya dengan serba ringkas dan mudah difahami . 


Semoga segala perkongsian saya selama ini dapat membantu kalian menimba ilmu pengetahuan 🤗


Jika kalian mempunyai sebarang cadangan yang ingin diberikan , kalian boleh tinggalkan komen di bawah ini , InsyaaAllah saya akan meneliti satu persatu dan mencuba memberikan yang terbaik buat kalian 🤗 .


Jangan lupa ikuti saya di akaun Instagram di bawah 👇🏻

http://instagram.com/qzqylamize


Akhir kata dari saya , 


Warna merah itu ceri , 

Warna putih itu laici , 

Qylamize mengundur diri , 

Semoga kita berjumpa lagi .


Pantun ini rekaan semata , 

Niat ingin mencuba saja ,

Jika silap menyusun kata , 

Mohon tunjuk ajar anakanda .

CORETAN PENGENALAN PERTAMA

 Hai Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya . Ini merupakan coretan pertama saya di blog ini .  Izinkan saya untuk memperkenalkan d...